Inspektor Tentera Laut
Inspektor Tentera Laut

Inspektor Tentera Laut

Inspektor Tentera Laut (Bahasa Jerman: Inspekteur der Marine) adalah Panglima Tentera Laut Jerman bagi Angkatan Tentera moden Jerman, iaitu Bundeswehr. Jawatan ini setaraf dengan Ketua Operasi Tentera Laut Amerika Syarikat, Ketua Turus Tentera Laut British dan Panglima Tentera Laut Malaysia. Semenjak pelbagai badan yang bertanggungjawab bagi pemerintah tertinggi Tentera Laut Jerman digabungkan pada tahun 2012, Inspektor telah ditempatkan di Markas Tentera Laut di Rostock.[1] Sebelum itu, Inspektor adalah ketua Staf Tentera Laut di Kementerian Pertahanan, yang berpangkalan di Bonn. Kedua-dua Inspektor dan timbalannya memegang pangkat Laksamana Madya (Bahasa Jerman: Vizeadmiral).[2]Inspektor bertanggungjawab bagi persiapan kakitangan dan material dalam Tentera Laut Jerman, didalam hal ini beliau melapor terus kepada Menteri Pertahanan Persekutuan. Inspektor mengepalai Markas Tentera Laut; bagaimanapun, jabatan-jabatan bawahan tentera laut dipimpin oleh ketua masing-masing di Markas Tentera Laut dan tidak melapor terus pada Inspektor. Inspektor terletak dibawah Inspektor Jeneral Bundeswehr dan merupakan seorang ahli Majlis Pertahanan bagi hal ehwal keseluruhan Bundeswehr.[1]Penyandang jawatan Inspektor terkini ialah Andreas Krause.